Blogger Templates Blogger Layouts
Blogger Backgrounds
MySpace Comments

kawan ummi

Sabtu, 16 Januari 2010

ayam percik mayonis

.

salam,
n3 yg terlambat lauk ni masak ari selasa tapi asyik lupa je nak upload.
ummi dapat resipi ni dari blog IJAN sepatutnya udang percik tapi kat umah
stok udang dah habis ada ayam bolehlah janji boleh makan,mmg sedap walid
pun cakap sedap apa lagi dira makan sampai 3 ketul ayam.saya copy paste je
yg resipi dari blog ijan minta izin ya ijan.

Resipi Ayam Bakar Black Pepper Bermayonis
  • 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
  • 1 sudu kecil blackpaper
  • 2 cm halia ( agak-agak je)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mayonis
  • sedikit lada sulah
  1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

2 comments

Mama_Aqish berkata...

wah....sedapnyer...hingga menjilat jari....

diraumiwalid berkata...

mmg sedap pun mama aqish saya makan macam tak nak berhenti

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

FEEDJIT Live Traffic Feed