Blogger Templates Blogger Layouts
Blogger Backgrounds
MySpace Comments

kawan ummi

Sabtu, 5 Jun 2010

menerima tempahan telur masin n tak masin

.
1 cute friend

salam,
kat sini ummi ada jual telur masin n tak masin,tuk kenduri kendara.
telur masin--rm0.60sen/pc
telur tak masin--rm0.50sen/pc
kawasan johor.
no tel- 019-7278725

telur yg di rendam dgn air garam
telur yg siap dibasuh

readmore »»

Rabu, 2 Jun 2010

TERBARU: Semua 12 rakyat Malaysia sudah dibebaskan...alhamdullilah

.
0 cute friend

TERBARU: Semua 12 rakyat Malaysia dari Kapal Mavi Marmara yang ditahan Israel sudah dibebaskan pagi Rabu waktu Malaysia.Mereka kini berada di sempadan Jordan.Mereka dibawa menaiki bas melintasi Jambatan Allenby di Tebing Barat masuk ke Jordan.Wartawan Astro Awani,Ashwad Ismail telah membuat laporan lintas langsung menceritakan pembebasannya dari lokasi itu menerusi Awani Global pada jam 12.15 tengahari sebentar tadi.Antara lain kata Ashwad semasa serangan Israel keatas Mavi Marmara dua anggota misi rakyat Turki dekatnya telah terkena tembakan dan dia sempat menyelamatkan diri. - 12.30 tgh 2/6/2010

TERBARU: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi Rabu dalam usaha untuk mendapatkan pembebasan segera 12 rakyat Malaysia dari kapal Mavi Marmara yang kini ditahan oleh Israel.- 10.30 pagi 2/6/2010

Semua 12 rakyat Malaysia atas kapal Mavi Marmara selamat

Berita yang paling melegakan diterima petang Selasa ialah sahnya kesemua 12 orang rakyat Malaysia yang berada diatas kapal Mavi Marmara yang diserang komando Israel pagi Isnin selamat.

Apapun setakat ini dimana mereka berada selepas serangan yang mengorbankan lebih 10 anggota misi kemanusian ke Gaza itu belum diketahui.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu satu sidang akhbar di Sepang kerajaan sedang berkerjasama rapat dengan kerajaan Jordan,Turki dan Filipina yang telah menawarkan untuk membantu mendapatkan pembebasan mereka secepat mungkin.-1/6/2010

readmore »»
Related Posts with Thumbnails

FEEDJIT Live Traffic Feed