Blogger Templates Blogger Layouts
Blogger Backgrounds
MySpace Comments

kawan ummi

Jumaat, 30 April 2010

NASI ARAB N BAMIA AYAM

.

salam,
selamat pagi jumaat,n3 pagi ni lauk dinner ummi sekeluarga mlm tadi nasi arab n bamia ayam.
ummi tgk kat blog dayangjack ngn kak an,minat kebenaran ya akak berdua nak tepek resepi kat sini,

NASI ARAB

Bahan untuk nasi:

2 1/2 cawan beras basmathi- basuh dan toskan
4 cawan air rebusan/ sup ayam tadi
1 labu bawang besar didadu kecil
1 biji tomato didadu kecil
5 biji lada hitam
5 biji buah pelaga
2 sudu besar margerin/ mentega
1 helai daun pandan-carik dan simpul

Cara memasak.

1. Panaskan margerin di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis bawang besar, buah pelaga dan lada hitam hingga bawang layu sedikit. Masukkan beras , kacau dan goreng seketika. (1 minit)

2. Masukkan sup dan alihkan periuk ke punca elektrik. Masukkan daun pandan ke dalam periuk. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak, taburkan buah tomato dan gaul sedikit. Boleh juga diwarnakan nasi seperti nasi beriyani jika suka.

3. Hidangkan nasi bersama salad, ayam, coleslaw dan sup.

BAMIA AYAM

BAMIA daging.
bahan-bahan
400gm daging(dihiris nipis2 dan dibersihkan)
100ml susu cair
air secukupnya
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari daging
2-3 sudu besar cili kisar
1 batangkulit kayu manis
2 biji nuah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar-belah 4
2 biji tomato-belah 4
bendi secukupnya
4 sudu besar sos tomato
garam n sedikit gula

bahan kisar

1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia

cara-cara

1.gaul daging dgn bahan2 kisar dan perap selama 30minit.
kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan dlm satu bekas
dan dibancuh dgn sedikit air untuk dijadikan pes.
2.panaskan minyak secukupnya dlm kuali/periuk.
tumis kulit kayu manis,buah pelaga n bunga cengkih hingga wangi.
kemudian tumis bawang besar hingga sedikit layu.barulah dimasukkan
pes rempah tadi dan sos tomato.kacau dan biarkannya pecah minyak.
3.masukkan daging dengan air secukupnya,masak hingga daging empuk.
kemudian masukkan susu cair,garam n sedikit gula.masak lagi hingga kuah
agak pekat.akhir sekali masukkan bendi n tomato.tutup api

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails

FEEDJIT Live Traffic Feed