Blogger Templates Blogger Layouts
Blogger Backgrounds
MySpace Comments

kawan ummi

Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mei 2010

dinner mlm tadi

.
0 cute friend

paprik
telur bungkus

readmore »»

Jumaat, 30 April 2010

NASI ARAB N BAMIA AYAM

.
0 cute friend

salam,
selamat pagi jumaat,n3 pagi ni lauk dinner ummi sekeluarga mlm tadi nasi arab n bamia ayam.
ummi tgk kat blog dayangjack ngn kak an,minat kebenaran ya akak berdua nak tepek resepi kat sini,

NASI ARAB

Bahan untuk nasi:

2 1/2 cawan beras basmathi- basuh dan toskan
4 cawan air rebusan/ sup ayam tadi
1 labu bawang besar didadu kecil
1 biji tomato didadu kecil
5 biji lada hitam
5 biji buah pelaga
2 sudu besar margerin/ mentega
1 helai daun pandan-carik dan simpul

Cara memasak.

1. Panaskan margerin di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis bawang besar, buah pelaga dan lada hitam hingga bawang layu sedikit. Masukkan beras , kacau dan goreng seketika. (1 minit)

2. Masukkan sup dan alihkan periuk ke punca elektrik. Masukkan daun pandan ke dalam periuk. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak, taburkan buah tomato dan gaul sedikit. Boleh juga diwarnakan nasi seperti nasi beriyani jika suka.

3. Hidangkan nasi bersama salad, ayam, coleslaw dan sup.

BAMIA AYAM

BAMIA daging.
bahan-bahan
400gm daging(dihiris nipis2 dan dibersihkan)
100ml susu cair
air secukupnya
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari daging
2-3 sudu besar cili kisar
1 batangkulit kayu manis
2 biji nuah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar-belah 4
2 biji tomato-belah 4
bendi secukupnya
4 sudu besar sos tomato
garam n sedikit gula

bahan kisar

1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia

cara-cara

1.gaul daging dgn bahan2 kisar dan perap selama 30minit.
kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan dlm satu bekas
dan dibancuh dgn sedikit air untuk dijadikan pes.
2.panaskan minyak secukupnya dlm kuali/periuk.
tumis kulit kayu manis,buah pelaga n bunga cengkih hingga wangi.
kemudian tumis bawang besar hingga sedikit layu.barulah dimasukkan
pes rempah tadi dan sos tomato.kacau dan biarkannya pecah minyak.
3.masukkan daging dengan air secukupnya,masak hingga daging empuk.
kemudian masukkan susu cair,garam n sedikit gula.masak lagi hingga kuah
agak pekat.akhir sekali masukkan bendi n tomato.tutup api

readmore »»

Sabtu, 16 Januari 2010

ayam percik mayonis

.
2 cute friend

salam,
n3 yg terlambat lauk ni masak ari selasa tapi asyik lupa je nak upload.
ummi dapat resipi ni dari blog IJAN sepatutnya udang percik tapi kat umah
stok udang dah habis ada ayam bolehlah janji boleh makan,mmg sedap walid
pun cakap sedap apa lagi dira makan sampai 3 ketul ayam.saya copy paste je
yg resipi dari blog ijan minta izin ya ijan.

Resipi Ayam Bakar Black Pepper Bermayonis
  • 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
  • 1 sudu kecil blackpaper
  • 2 cm halia ( agak-agak je)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mayonis
  • sedikit lada sulah
  1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

readmore »»

Sabtu, 19 Disember 2009

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

.
2 cute friend

ari ni masak lemon rosemary grilled chicken dah lama tak masak.dari minggu lepas
nak masak lupa je.pagi tadi g paso beli lauk balik terus umi masak.
minta izin kak jeni copy paste resipi ya.
Sumber: http://jeni.resipi.net/?p=78

1 kg ayam (sekor sederhana tu boleh la)
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil (aku pakai myk jagung. Hantam myk msk kelapa sawit pon ok jekk)
Segenggam Rosemary Kering (aku gune 3 sudu besar)
1 sudu besar lada hitam (kalo nak lagi pedas,blh tmbh..)
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots
1 biji bawang besar dibelah 4

Cara Membuatnya
  1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos. (Aku rebus lemon je..)
  2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (plus lada hitam)
  3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam.
  4. Lemon yang telah direbus tadi dicucuk-cucuk dengan garfu dan disumbat ke dalam perut ayam.
  5. Lumurkan ayam tadi dengan bahan yg digaul tadi. (Pastu aku marinate overnite)
  6. Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180′c selama 1 jam atau sehingga masak.
Note: Kalau aku, aku lebih suke lemon tu diperah jusnye terlebih dulu, pastu gaulkan je pd ayam then marinate overnite. So rase lemon tu akan serap ke dalam isi ayam. Kalau stuff camtu jek lemon tu, rase masam lemon tak meliputi bhg luar ayam tersebut. Depends laa.. Ikut taste masing2..

readmore »»
Related Posts with Thumbnails

FEEDJIT Live Traffic Feed